Tuesday, November 26, 2013

SANTAPAN

Santapan itu,
Enak rasanya untuk yang di singgahsana,
Pahit untuk kami yang berkelana.

Santapan itu,
Manisnya terpalit pada yang enteng,
Pahitnya untuk kami yang genting.

Santapan itu,
Kenyangnya untuk saudagar besar,
Laparnya untuk marhaen berlegar.

Santapan itu,
Suapannya untuk pembesar berkuasa,
Menghidangnya yang kerdil terseksa.

Santapan itu,
Untuk mereka bersuka dan menikmati,
Untuk kami merana dan memerhati..

Santapan itu,
Hanya mungkin akan habis disantap untuk lima tahun lagi,
Itu pun jika kami tak sanggup menghidang dan hanya memerhati.

Friday, September 13, 2013

KHALIFAH BUMI

KHALIFAH BUMI..

Kita diutus memberi sinar bukan menonjolkan onar,
dipilih kerna kelebihan di balik kekurangan bukan kekurangan di balik kelebihan,
dihormat kerna pintar bukan kerana putar,
musuh tak perlu dicari kerna telah dijanjikan ada,
melawannya kalah jika hanya tenaga tetapi menang dengan akal dan usaha,
masih kurang usaha jika sekadar mengikut budaya,
seharusnya yang asal ditegakkan semula agar tujuan dapat dirasa,
'kudengar, kupatuh' bukan sekadar dilisan sahaja,
bukti amal usaha juga harus dijaga.
moga-moga tidak kecewa nanti disana,
bila segala dipertonton jelas lagi nyata,
ya, disini acap kali ternoda tersedar dan kembali ternoda,
usah kita lupa pintuNya sentiasa terbuka dan menerima,
selagi usaha masih lagi usaha,
ditanya sampai bilakah kita demikian rupa,
jawabnya mudah, selagi berusaha, sehingga musuh hilang tenaga,
akhir kata, lihat diri kita mengapa dihantar melata,
sudah pasti ada yang lebih jika betul lorongnya...